Search This Blog

Friday, January 28, 2011

Mulut Hampeh..

Hari ini, Si Bapa agak geram ketika di pejabat.. Mana taknya, ada yang buat cerita kat bos Si Bapa yang mengatakan bahawa Si Bapa rapat dengan salah seorg bos besar bermulut celupar. Cerita tu di ada- adakan untuk melepaskan tengkuk orang lain daripada masalah. Hish.. geram Si Bapa dibuatnya. Last2 dengan mulut laser yang dimiliki Si Bapa, maka terpaksalah org terbabit mendengar syarahan berunsur kutukan.. Heheheheh.. Puas hati Si Bapa...

Thursday, January 27, 2011

Manusia Semakin Kejam

Tadi pagi semasa Izz's Family menghantar Si Ibu ke wad kecemasan untuk pemeriksaan, seorang makcik tua berbangsa cina juga berada di wad yang sama menerima rawatan.. Kasihan Izz's Family perhatikan makcik tua tersebut.. Sudahlah jatuh, dibelasah pula..
  Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau telah diragut oleh "lembu berupa manusia" sehingga terjatuh, sudahlah terjatuh, selepas peragut mendapati beg tersebut tidak berisi barangan berharga, dia dibelasah sehingga menerima beberapa jahitan di kepala.. Kejam sungguh manusia zaman sekarang!!!

Berwajah Baru, Bertambah Ayu..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekali lagi.. Kini Izz's Family Bertambah Ayu dengan penampilan Berwajah Baru..
Diharapkan semua yang mengikuti laman ini, berpuas hati dengan penampilan terkini Izz's Family..
Kini, kami juga tidak ketinggalan untuk mempunyai logo kami sendiri...

Wednesday, January 26, 2011

Hari Yang Gelap Kini Sudah Terang

Alhamdulillah, Izz's Family amat- amat bersyukur kerana dari apa yang dituturkan oleh doktor selepas pemeriksaan ke atas siibu malam tadi adalah positif. InsyaAllah siibu akan bertambah sihat berbanding keadaan semasa. Izz's Family harap siibu akan bertambah sihat bersama- sama baby in a womb.

Tuesday, January 25, 2011

Gelagat Tahun Pertama Ke Sekolah

Tadi tengahari semasa sibapa pergi ke sekolah untuk mengambil permata sulung Izz's Family, sibapa agak terkejut melihatkan seorang lagi sibapa memarahi permatanya yang satu kelas dengan permata sulung Izz's Family. Sibapa kepada permata yang satu kelas dengan permata sulung Izz's Family memarahi permata tersebut kerana permata tersebut melakukan sesuatu yang bagi sibapa Izz's Family agak kelakar. Mana taknya, hampir setiap kali balik dari sekolah, si permata tersebut akan menghilangkan stoking yang dipakainya ke sekolah. Sambil memerhatikan gelagat sibapa dan permata tersebut, terpikir jugak sibapa Izz's Family... Ish.. Ish.. Kalau macam inilah  jadinya sementara nak habis pra-sekolah, silap2 sibapa tu boleh fedap dibuatnya.. Keh.. Keh.. Keh..

Sessi Pengenalan..

Oppsss.. Lupa sibapa nak update ahli keluarga Izz's Family..


Yang Pertama2 Sibapa dan Siibu.



Permata Sulung Izz's Family ( Muhammad Izzat Nasrullah )



Permata Kedua Izz's Family ( Muhammad Izzat Muidzuddin )


Sebuah Keluarga Bahagia...

Masalah Kaum Hawa..

Izz's Family pada masa ini agak sibuk untuk menanti kehadiran org baru dalam keluarga Izz's Family ( Anggota Ke-5), dijangkakan maybe kalau ada rezeki, bulan Julai 2011 akan termakbul... Hehehehe.. Tapi, kandungan siibu kali ini agak bermasalah.. Dia kerap mengalami "bleeding".. Boleh dikatakan setiap hari.. Risau jugak kalau ada apa2 masalah kat bakal permata bongsu dan siibu.. Tapi lepas beberapa kali check kt doktor, Alhamdulillah doktor kata bakal permata bongsu sihat.. Cuma pesan si doktor, si bapa perlu berpantang sehingga anggota ke-5 dilahirkan.. hehehe..
       Bila je si bapa teringatkan pesan doktor tu, apa lagi.. teringat lagu P. Ramlee (Berkorban Apa Saja).. Hehehehe... Semoga siibu ngan semua permata Izz's Family sihat je yg penting.. tu yg sibapa harapkan.. Wassalam..