Search This Blog

Tuesday, January 25, 2011

Gelagat Tahun Pertama Ke Sekolah

Tadi tengahari semasa sibapa pergi ke sekolah untuk mengambil permata sulung Izz's Family, sibapa agak terkejut melihatkan seorang lagi sibapa memarahi permatanya yang satu kelas dengan permata sulung Izz's Family. Sibapa kepada permata yang satu kelas dengan permata sulung Izz's Family memarahi permata tersebut kerana permata tersebut melakukan sesuatu yang bagi sibapa Izz's Family agak kelakar. Mana taknya, hampir setiap kali balik dari sekolah, si permata tersebut akan menghilangkan stoking yang dipakainya ke sekolah. Sambil memerhatikan gelagat sibapa dan permata tersebut, terpikir jugak sibapa Izz's Family... Ish.. Ish.. Kalau macam inilah  jadinya sementara nak habis pra-sekolah, silap2 sibapa tu boleh fedap dibuatnya.. Keh.. Keh.. Keh..

1 comment:

  1. Berdasarkan pemerhatian sibapa hari ini, sibapa tersebut telah berjaya mengatasi masalah yang ditimbulkan permata sibapa tersebut. Sibapa tersebut dengan segala kuasa veto, telah memakaikan selipar tanpa stoking kepada permata hatinya ke sekolah.. Heheheheheh...

    ReplyDelete