Search This Blog
Tuesday, January 25, 2011
Gelagat Tahun Pertama Ke Sekolah
Tadi tengahari semasa sibapa pergi ke sekolah untuk mengambil permata sulung Izz's Family, sibapa agak terkejut melihatkan seorang lagi sibapa memarahi permatanya yang satu kelas dengan permata sulung Izz's Family. Sibapa kepada permata yang satu kelas dengan permata sulung Izz's Family memarahi permata tersebut kerana permata tersebut melakukan sesuatu yang bagi sibapa Izz's Family agak kelakar. Mana taknya, hampir setiap kali balik dari sekolah, si permata tersebut akan menghilangkan stoking yang dipakainya ke sekolah. Sambil memerhatikan gelagat sibapa dan permata tersebut, terpikir jugak sibapa Izz's Family... Ish.. Ish.. Kalau macam inilah jadinya sementara nak habis pra-sekolah, silap2 sibapa tu boleh fedap dibuatnya.. Keh.. Keh.. Keh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berdasarkan pemerhatian sibapa hari ini, sibapa tersebut telah berjaya mengatasi masalah yang ditimbulkan permata sibapa tersebut. Sibapa tersebut dengan segala kuasa veto, telah memakaikan selipar tanpa stoking kepada permata hatinya ke sekolah.. Heheheheheh...
ReplyDelete